sisipan bicara jumaat...

assalamualaikum mak ucapkan..di hari jumaat yang mulia ini harus la kita mengucapkan setinggi-tinggi syukur yang tak terhingga ke hadrat ilahi kerana masih dipanjangkan umur mengecapi nikmat di dunia yang hanya sementara ini..so lets la kita bersimpuh sambil mendengar sedikit bingkasan agama yang akan disampaikan oleh Saudari berbahagia Ustazah Sri Camelia Natasha Abdullah dari fakulti bahasa yang mana menjadi tetamu jemputan khas yang mak jemput untuk memberi sedikit penerangan serta iktibar kepada para-para hadek hadek di malam yang penuh keberkatan ini...dengan itu mak mempersilakan....**mic terus kena rampas...

asslamulaikum warahmatullah...terima kasih kepada saudari siti rokiah karin kerana menjemput ustazah sebagai tetamu undangan di malam hari jumaat yang penuh keberkatan untuk kali ini...memang jadual serta aktiviti ustazah agak padat untuk minggu ini...tapi disebabkan rayuan dari saudari siti rokiah yang tak mampu untuk ustazah menolak..ingin ustazah tekankan di sini tentang adap-adap di dalam masjid khusus ustazah higlightkan untuk adik2 pondan di luar sana
yang mana tetap menunaikan kewajipan sebagai muslimat yang beriman...ustazah ingin menerangkan disini tentang adap dan tatasusila ketika di dalam masjid..ustazah menjadikan topik kali ini kerana ustazah dapat melihat dengan mata ustazah sendiri tentang perilaku adik2 ketika didalam rumah allah s.w.t.ustazah dapat melihat para adik2 bercakap2 ketika tok imam membaca hadis di hadapan...berbisik2 sesama sendiri..bergelak tawa...cukup tidak sopan dimata ustazah..
Usahlah dibawa masuk cerita-cerita yang kurang sedap didengar ke dalam surau...cerita-cerita tentang sesi2 jadual cikcur,..tinggalkan diluar pintu surau.masuklah ke dalam surau dengan langkah kanan berserta niat yang baik..hati yang tulus merendah diri mengharapkan redha darinya...andai terdapat waktu yang terluang diantara magrib dan isyak itu..maka isikan dengan berzikir serta paling tidak pon...usahlah bercakap2 kosong...jangan lah bergelak ketawa sehingga menampakkan anda sebagai adik2 ponen yang sangat2 tidak mempunyai nilai moral yang baik.sedarlah wahai sekalian...anda tidaklah cantik dimata ustazah yang membolehkan ustazah
memandang anda dua kali...tetapi ustazah tetap memandang anda 10 kali disebabkan suara hilai tawa adik2 sekalian yang melebihi pontianak di dalam siri the vampire diary...matila ustazah tgk cite tu pasal hero dia kacak jew...tetap!!!
berbalik kita tentang adap yang ustazah terangkan tadi...pakailah pakaian yang sopan...ustazah tahu semua adik2 menitik beratkan soal penampilan ayu...tak perlu lah berbedak,maskara,lipglos dan sebagainya...juga bulu mata palsu..memadailah memakai pakaian yang sopan serta muka yang bersih suci..walaupun muka anda didalam kategori warok tahap kelas kasta bawahan...namun sewarok2 wajah anda itu..andai ianya penuh nur serta bersih..anda adalah tetap suci di mata ALLAH S.W.T. Yang membezakan anda dengan orang lain adalah kehendak anda sendiri..sama ada mahu menjadi wanita palsu yang tidak beriman atau wanita palsu yang beriman.Semua terletak di tangan anda.Ustazah mendoakan segala yang terbaik untuk adik2...mungkin lelaki2 normal diluar sana memandang kita sebagai lelaki yang tidak cukup sifat kejantanan...namun atas kekurangan yang kita ada...maka kita adalah insan yang sangat istimewa di sisi allah andai kita dapat menangani itu semua dengan jalan
yang diredhai...

Ustazah memohon seribu ampun dan maaf andai terdapat sebarang kekhilafan yang mungkin tidak disengajakan yang mana yang buruk itu adalah datang dari ustazah sendiri.di akhir bicara ini..ustazah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih lagi sekali kepada saudari siti rokiah karin selaku ajk puspanita kerana menjemput ustazah ke sesi bicara jumaat pada malam ini...di harap kesempatan pada malam ini dapatlah kiranya diulang untuk sesi sesi akan datang..Terima kasih dan assalamualaikum...*pose betulkan tudung...**terus blah...
Terima kasih kembali mak ucapkan kepada ustazah sri di atas kesudian memberi sedikit tazkirah jumaat kepada kita semua..mak juga berharap sesi sesi akan datang akan
lebih terisi dengan ilmu ilmu agama khas untuk anda semua...mak dengan rendah hati sebagai pengacara majlis..menangguhkan majlis ini dengan surah an-nas...terima kasih....
**mic tiba2 dimatikan....**mak pon terus blah jugak...
No comments:
Post a Comment